Jom tengok bersama-sama anak anda bersama-sama penerangan peribadi untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku. Semoga bermanfaat untuk semua.
Cegah sebelum terlambat.
sumber: http://www.sinarharian.com.my/semasa/penderaan-seksual-kanak-kanak-1.64513
Cara mencegah:
- Ibu bapa perlu beri pendidikan kepada kanak-kanak mengenai kepentingan menjaga tubuh badan mereka daripada dicerobohi
- Beri pendidikan agama dan moral tentang dan kemudaratan perbuatan persetubuhan haram
- Menasihati anak agar tidak mudah menuruti pelawaan orang-orang yang tidak atau baru dikenali untuk makan, minum, bersiar-siar atau pergi ke bilik/rumah mereka
- Sentiasa berwaspada dengan makanan dan minuman yang diberikan oleh orang yang tidak atau baru dikenali. Mungkin ia mengandungi dadah, bahan pelali atau perangsang nafsu
- Jangan sembunyikan masalah, terus maklum kepada ibu bapa
Ibu bapa/penjaga: Bersikap terbuka dengan kanak-kanak agar mereka dapat berkongsi masalah dan tidak takut untuk mendedahkan perbuatan atau penderaan seksual yang dilakukan pada mereka, beri sokongan apabila kanak-kanak mula memberitahu dan tunjukkan anda akan membantu dan bersama-sama melaluinya, tingkatkan pengetahuan tentang pencegahan jenayah seksual kanak-kanak, beri pendedahan dengan menerangkan mengenai jenayah seksual kepada kanak-kanak agar mereka tidak mudah jadi mangsa.
Cegah sebelum terlambat.
sumber: http://www.sinarharian.com.my/semasa/penderaan-seksual-kanak-kanak-1.64513
No comments:
Post a Comment