- Sila beratur setiap kali hendak ke padang dan setelah selesai menjalankan aktiviti.
- Tidak digalakkan membawa dan memakai barang kemas atau barang berharga ke padang untuk mengelakkan sebarang kecurian dan kehilangan.
- Pakai pakaian sukan, pakaian pendidikan jasmani atau pakaian yang sesuai sahaja ketika menjalani aktiviti-aktiviti sukan, senaman dan pendidikan jasmani di padang.
- Murid dinasihatkan memakai kasut ketika menjalankan aktiviti di padang bagi mengelakkan berlakunya sebarang kecederaan.
- Sentiasa berhati-hati dan berwaspada ketika menjalankan aktiviti yang lasak serta tidak memaksa diri untuk melakukan aktiviti yang di luar had kemampuan.
- Jaga kebersihan padang. Kutip dan buang ke dalam tong sampah jika terjumpa objek-objek seperti sampah batu-batuan, kaca, paku, jarum atau sebagainya.
- Dilarang berkeliaran di padang selain daripada waktu mata pelajaran pendidikan jasmani,aktiviti sukan atau aktiviti-aktiviti yang dibenarkan oleh pihak sekolah.
- Tidak dibenarkan berada dan bermain di padang sewaktu hujan.
- Sila kembalikan dan susun peralatan-peralatan sukan di ‘Stor Peralatan Sukan’ sekolah setelah digunakan.
- Pihak luar tidak dibenarkan untuk menggunakan padang selain daripada murid, guru dan kakitangan sekolah kecuali dengan kebenaran.
- Sila laporkan kepada guru bertugas sekiranya berlaku sebarang kecederaan atau kecemasan untuk tindakan seterusnya.
- Tanamkan semangat kesukanan ketika berada di atas padang, sentiasa berdisiplin dan mematuhi peraturan-peraturan yang telah ditetapkan.
Info Terkini
PANDUAN PERATURAN DAN KESELAMATAN PADANG
Subscribe to:
Posts (Atom)